Anda merupakan pengunjung yang ke..

free hit counter

Khamis, 12 November 2009

Kita adalah apa yang kita usahakan

Cuti semakin hampir, bermakna sesi persekolahan 2009 akan berakhir. Sudah pasti banyak pengalaman dan pengajaran yang kita peroleh sepanjang tempoh ini. Sudah pasti pejar semua telah selesai menduduki peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam kecuali SPM dan STPM yang akan bermula seminggu dua lagi. Bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan pasti tertunggu-tunggu apakah keputusan peperiksaan masing-masing. Cemerlangkah aku atau luluskah aku ? Sebenarnya itu semua bergantung kepada apa yang telah kita usahakan dahulu. Jika usaha kita selayaknya dibayar upah emas, maka emaslah milik kita. Sebaliknya jika usaha kita hanya setakat gangsa, maka gangsalah milik kita.

nie_ija@yahoo.com.my