Anda merupakan pengunjung yang ke..

free hit counter

Jumaat, 2 Oktober 2009



Mata pelajaran Kemahiran Hidup sememangnya diminati ramai terutamanya bagi murid-murid tahun 4 dan 5 kerana mereka berpeluang untuk menzahirkan imaginasi mereka melalui rekacipta. Hal ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mendalami bidang berkatan sains dan teknologi.

Bulan Peperiksaan Bulan Penentu Prestasi Akademik Diri.


 

    Assalamualaikum/Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua.

Sedar atau tidak kini kita telah berada di fasa terakhir dalam setahun. Hampir setahun kita belajar kini tiba masanya untuk kita diuji. Andainya kita berada di tahun enam, maka UPSR menjadi pengukur sejauh mana kita dapat mengusai ilmu yang telah diajar oleh guru. Di sekolah menengah pula PMR dan SPM menjadi penentu kejayaan dalam pelajaran.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak menghadapi peperiksaan awam yang besar. Adakah anda boleh berehat dan berbulan madu? Sebenarnya peperiksaan dalaman di sekolah juga menjadi penentu tahap pemahaman adik-adik terhadap pengajaran guru.

Adik-adik akan naik ke tahun atau tingkatan yang lebih tinggi. Persoalannya, adakah adik semakin maju ke kelas yang lebih baik atau kekal atau merosot.

Jika naik ke kelas yang lebih baik, adik merupakan murid yang cemerlang. Jika kekal pada tahap yang sama adik tiada kemajuan. Amat malang jika adik terpaksa turun ke kelas bawah. Adik merupakan murid yang kerugian.

Oleh itu manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk digunakan sepenuhnya demi kemajuan dan maruah diri serta keluarga adik-adik. Ibu bapa akan berbangga jika adik Berjaya mempamirkan peningkatan dan sebaliknya mereka akan berdukacita jika adik mempamirkan kemerosotan. Bukankah menggembirakan ibu bapa itu satu ibadah? Sekian, jumpa lagi.

Chigu09.blogspot.com

nie_ija@yahoo.com.my