Anda merupakan pengunjung yang ke..

free hit counter

Jumaat, 25 September 2009

Selamat Hari Raya kepada semua.

Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Chigu09 doakan semoga semua berada dalam keadaan sihat dan mendapat keberkatan di Bulan Syawal ini.
Chigu09 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berhari Raya bersama sanak saudara dan rakan taulan.
Banyak dapat duit raya tahun ini?
Kalau ada apa adik nak buat dengan duit raya tu?

Chigu09 cadangkan adik simpan wang tersebut di dalam bank. Menyimpan untuk masa hadapan.
Selain itu, adik juga boleh menyimpan wang tersebut dalam akaun insuran pendidikan.
Bayaran primiumnya adik bayar sendiri dengan cara menabung setiap bulan. Kalau tidak cukup boleh minta tolong ayah dan ibu untuk tampung.
Banyak faedahnya. Nanti apabila adik tamat persekolah, adik sudah ada modal anggaran RM 25 000 hingga RM 30 000. Bergantung kepada nilai caruman adik-adik.
Bolehlah ringankan beban ayah dan ibu. Untuk mengetahui lebih lanjut tanyalah emak dan ayah.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

nie_ija@yahoo.com.my