Anda merupakan pengunjung yang ke..

free hit counter

Khamis, 19 Ogos 2010

Maaf Lama Menyepi.

Ribuan kemaafan chigu09 pohon kepada semua pembaca blog ini kerana lama menyepi tanpa berita. Sebenarnya berlaku sedikit kesilapan teknik di mana chigu09 telah kehilangan catatan password untuk login. Alhamdulillah dah jumpa. Terima kasih kerana masih setia dengan chigu09.

Masih belum terlewat rasanya untuk chigu09 mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca. Bagi anda yang akan menghadapi UPSR dan PSRA mungkin waktu ini waktu yang paling getir buat anda. Namun gunakanlah peluang keemasan pada bulan Ramadan ini untuk membuat prsiapan rapi dan berdoa kepada Ilahi agar anda beroleh kejayaan cemerlang.

Chigu09 ingin mencadangkan agar mereka yang akan menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM mahupun peperiksaan akhir tahun, elok jika anda mengamalkan makanan untuk minda iaitu Koko Minda keluaran HPA Industries. Ini bukan sahaja kerana keberkesanan Koko Minda tetapi yang lebih penting produk ini dijamin halal oleh 12 orang panel syariah HPA. Cubalah sendiri, chigu09 telah mencubanya untuk anak chigu09 yang akan menghadapi UPSR September ini. Alhamdulillah sudah ada perubahan yang memberansangkan. Namun perlu diingat makanan tambahan dan doa sahaja tidak menjamin kejayaan. Sebaliknya gabungan antara doa, makanan dan usaha barulah bertawakal Insya Allah anda akan berjaya.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan layari http://wwwprodukhalalhpa.blogspot.com/ atau e-mel kepada nie_ija@yahoo.com.my

Beli secara online di http://www.duniaherba.net/beli-online.asp
SMS kepada 019 2561843

Ahad, 13 Jun 2010

Selamat Bercuti

Cuti persekolahan menjelang kini, pasti ramai yang telah merancang dan melaksanakan rancangan masing-masing untuk memenuhi ruang masa santai cuti sekolah. Semoga adik-adik dapat memanfaatkan cuti sekolah kali ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Jangan lupa memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Adik-adik boleh gunakan waktu berkelah bersama keluarga untuk mengulangkaji pelajaran. Contohnya menulis karangan perihal atau karangan cerita untuk mengambarkan suasana atau pengalaman sewaktu berkelah bersama keluarga. Buat karangan jenis catatan untuk mengambarkan pengalaman sewaktu pergi bercuti dan seumpamanya yang sesuai. Selamat bercuti.

Chigu09
nie_ija@yahoo.com.my
http://www.duniaherba.net/nie_ija

Jumaat, 5 Februari 2010

Gunakan Masa Yang Berbaki Untuk Persiapan Ujian Diagnostik Minggu Hadapan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam kesempatan ini Chigu09 ingin mengingatkan kepada semua murid Thn 5 dan Thn 4 SKSB agar menggunakan cuti hujung minggu ini dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Hal ini kerana pada minggu hadapan anda akan menghadapi ujian diagnostik. Ujian diagnostik ini bertujuan untuk mengatahui tahap sebenar pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui pada tahun lepas. Ujian ini juga bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan murid-murid terhadap sesuatu topik yang telah diajar. Data ini akan dijadikan kayu pengukur untuk guru-guru merancang beberapa strategi untuk membantu murid - murid meningkatkan prestasi akademik ke tahap yang lebih tinggi.

Rabu, 3 Februari 2010

Contoh Karangan Fakta



Faedah Bersukan




Isi – isi penting






  • Menjadikan badan lebih sihat - berpeluh – membakar lemak - mengelakkan berat badan berlehihan – penyakit jantung.


  • Mengurangkan tekanan - penat belajar dan mengulang kaji pelajaran – rasa gembira , ketawa dan ceria


  • Menjadikan badan lebih cergas - otak lebih cerdas - bekalan oksigen mencukupi - tidak mengantuk ketika belajar.


  • Dapat berjumpa dengan kawan – setaman atau sekampung - merapatkan silaturrahim - bertukar-tukar pengalaman – cerita







Bersukan sememangnya banyak memberi faedah kepada kita semua. Dengan bersukan badan kita akan lebih sihat. Hal ini kerana sewaktu bersukan badan kita akan berpeluh. Semua lemak-lemak yang berlebihan akan terbakar sewaktu kita bersukan. Hasilnya kita akan dapat menghindarkan diri daripada penyakit obesiti dan penyakit jantung.




Selain itu, bersukan juga dapat mengurangkan tekanan setelah penat bersekolah dan mengulang kaji pelajaran. Hal ini disebabkan semasa bersukan kita akan ketawa, gembira dan ceria. Contohnya ketika kita bermain bola sepak atau badminton bersama rakan.




Seterusanya, jika kita rajin bersukan otak akan menjadi lebih cerdas. Hal ini kerana sewaktu bersukan otak kita akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Secara tidak langsung kita akan lebih mudah untuk mengulang kaji pelajaran tanpa rasa mengantuk.




Akhirnya, dengan bersukan kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan setaman atau sekampung. Hal ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan. Contohnya kita dapat bertukar-tukar pengalaman atau cerita bersama rakan yang lain.




Kesimpulannya, bersukan sememangnya banyak memberi faedah kepada kita. Memang wajar para doktor menyarankan kepada kita agar bersenam atau bersukan sekuranya-kurangnya 30 minit sehari, 3 kali dalam seminggu.

Rabu, 27 Januari 2010

Contoh Jawapan Catatan Gotong-royong

JAWAPAN KARANGAN GOTONG-ROYONG ( CATATAN / DIARI)


 

Rangka Jawapan.

7.45 pagi

Mendaftar – berhimpun - taklimat gotong-royong – pembahagian kawasan gotong – royong – mengambil alatan.

8.00 pagi

Gotong-royong bermula – membersihkan kelas – mengelap tingkap – menampal artikel di papan kenyataan – menyapu sampah – menyapu serawang – mengecat dinding kelas.

10.00 pagi

-berehat – menjamu selera – mi goreng dan air sirap – disediakan oleh guru-guru.

10.30 pagi

-menyambung semula kerja yang belum selesai – mengemas alatan – mengosongkan tong sampah

11.00 pagi

-berkumpul untuk taklimat penutup – memulangkan alatan – bersalam – salam – pulang ke rumah.


 

Gotong-royong di Sekolah

7.45 pagi

Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di Dataran Budi untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat.


 

8.00 pagi

Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.


 

10.00 pagi

Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir ke gotong-royong kali ini.

10.30 pagi

Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).


 

11.00 pagi

Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


 


 


 


 


 


 

Isnin, 28 Disember 2009

Marilah Kita Berhijrah



Tahun Hijrah telah berlabuh, tidak berapa lama lagi Tahun Masihi pula akan berganti. Azam tahun lalu sidah pasti telah terlaksana, kini kita mula merancang untuk membina azam baru. Yang pasti azam pada tahun 2010 nanti pasti akan mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada tahun 2009. Berazam untuk berhijrah ke dimensi yang lebih baik dari tahun sebelumnya sememangnya dituntut dalam Islam. Orang yang cemerlang adalah orang yang lebih baik amalnya berbanding semalam. Gunakanlah sehari dua dipenghujung 2009 ini untuk membuat refleksi diri melalui catatan pada dairi 2009. Letakkanlah gred yang selayaknya dalam apa juga aspek yang ingin dinilai. Aspek ibadah, kerjaya, keluarga dan sebagainya. Jangan termasuk ke lubang yang sama pada tahun 2010 nanti.

Sabtu, 5 Disember 2009

Kenangan Bersama Tahun 6 2009 di SKSB









Setelah tamat peperiksaan UPSR 2009, murid tahun 6 subuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang sempat Chigu09 rakamkan ialah aktiviti pertandingan memasa, pertandingan memasang model kenderaan dan haiwan, pengelip, perkhemahan, nyanyian, nasyid dan pelbagai lagi aktivti yang menarik. Anda boleh download gambar ini dengan cara ( letak curse pada gambar yang dipilih kemudian klik kanan pada mouse dan pilih save as a picture. Lepastu save dalam my picture PC atau Note Book anda.)
Anda juga boleh melayari laman web sifuu.webs.com untuk lebih gambar dan video.