Anda merupakan pengunjung yang ke..

free hit counter

Khamis, 27 Ogos 2009

Manfaatkan Kertas Soalan


 


 


 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Apa khabar semua?

Semoga semua pelajar berada dalam keadaan sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini Chigu09 ingin berkongsi sesuatu kepada adik-adik semua. Apa yang kita nak buat dengan kertas soalan latihan, ujian, latih tubi dan peperiksaan yang telah kita jawab dan bincangkan bersama guru? Adakah kita sepahkan begitu sahaja atau kita simpan dalam kotak buat koleksi? Sebenarnya kita boleh manfaatkan kertas tersebut sebagai himpunan nota yang padat dan tepat. Hal ini kerana semua isi penting dalam sesuatu tajuk ada di dalam kertas soalan tersebut. Kita boleh jadikan kertas soalan ini sebagai nota, terutamanya disaat-saat peperiksaan semakin hampir. Kertas soalan ini juga berupaya untuk dijadikan kayu pengukur tentang tahap pemahaman adik-adik terhadap sesuatu tajuk. Bagi calon-calon UPSR, PMR dan SPM jadikanlah soalan-soalan tahun lalu selama 10 tahun sebagai koleksi nota padat adik-adik kerana di sana tersimpan mutiara untuk adik-adik berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Jangan lupa minta panduan daripada guru-guru adik-adik. Hormatilah mereka supaya berkat. Hal ini kerana guru akan membantu adik menjadi apa yang adik cita-citakan. Sekian.


 

nie_ija@yahoo.com.my