Khamis, 19 Ogos 2010
Maaf Lama Menyepi.
Masih belum terlewat rasanya untuk chigu09 mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca. Bagi anda yang akan menghadapi UPSR dan PSRA mungkin waktu ini waktu yang paling getir buat anda. Namun gunakanlah peluang keemasan pada bulan Ramadan ini untuk membuat prsiapan rapi dan berdoa kepada Ilahi agar anda beroleh kejayaan cemerlang.
Chigu09 ingin mencadangkan agar mereka yang akan menghadapi peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM mahupun peperiksaan akhir tahun, elok jika anda mengamalkan makanan untuk minda iaitu Koko Minda keluaran HPA Industries. Ini bukan sahaja kerana keberkesanan Koko Minda tetapi yang lebih penting produk ini dijamin halal oleh 12 orang panel syariah HPA. Cubalah sendiri, chigu09 telah mencubanya untuk anak chigu09 yang akan menghadapi UPSR September ini. Alhamdulillah sudah ada perubahan yang memberansangkan. Namun perlu diingat makanan tambahan dan doa sahaja tidak menjamin kejayaan. Sebaliknya gabungan antara doa, makanan dan usaha barulah bertawakal Insya Allah anda akan berjaya.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan layari http://wwwprodukhalalhpa.blogspot.com/ atau e-mel kepada nie_ija@yahoo.com.my
Beli secara online di http://www.duniaherba.net/beli-online.asp
SMS kepada 019 2561843
Ahad, 13 Jun 2010
Selamat Bercuti
Chigu09
nie_ija@yahoo.com.my
http://www.duniaherba.net/nie_ija
Jumaat, 5 Februari 2010
Gunakan Masa Yang Berbaki Untuk Persiapan Ujian Diagnostik Minggu Hadapan
Rabu, 3 Februari 2010
Contoh Karangan Fakta
Faedah Bersukan
Isi – isi penting
- Menjadikan badan lebih sihat - berpeluh – membakar lemak - mengelakkan berat badan berlehihan – penyakit jantung.
- Mengurangkan tekanan - penat belajar dan mengulang kaji pelajaran – rasa gembira , ketawa dan ceria
- Menjadikan badan lebih cergas - otak lebih cerdas - bekalan oksigen mencukupi - tidak mengantuk ketika belajar.
- Dapat berjumpa dengan kawan – setaman atau sekampung - merapatkan silaturrahim - bertukar-tukar pengalaman – cerita
Bersukan sememangnya banyak memberi faedah kepada kita semua. Dengan bersukan badan kita akan lebih sihat. Hal ini kerana sewaktu bersukan badan kita akan berpeluh. Semua lemak-lemak yang berlebihan akan terbakar sewaktu kita bersukan. Hasilnya kita akan dapat menghindarkan diri daripada penyakit obesiti dan penyakit jantung.
Selain itu, bersukan juga dapat mengurangkan tekanan setelah penat bersekolah dan mengulang kaji pelajaran. Hal ini disebabkan semasa bersukan kita akan ketawa, gembira dan ceria. Contohnya ketika kita bermain bola sepak atau badminton bersama rakan.
Seterusanya, jika kita rajin bersukan otak akan menjadi lebih cerdas. Hal ini kerana sewaktu bersukan otak kita akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Secara tidak langsung kita akan lebih mudah untuk mengulang kaji pelajaran tanpa rasa mengantuk.
Akhirnya, dengan bersukan kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan setaman atau sekampung. Hal ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan. Contohnya kita dapat bertukar-tukar pengalaman atau cerita bersama rakan yang lain.
Kesimpulannya, bersukan sememangnya banyak memberi faedah kepada kita. Memang wajar para doktor menyarankan kepada kita agar bersenam atau bersukan sekuranya-kurangnya 30 minit sehari, 3 kali dalam seminggu.
Rabu, 27 Januari 2010
Contoh Jawapan Catatan Gotong-royong
JAWAPAN KARANGAN GOTONG-ROYONG ( CATATAN / DIARI)
Rangka Jawapan.
7.45 pagi
Mendaftar – berhimpun - taklimat gotong-royong – pembahagian kawasan gotong – royong – mengambil alatan.
8.00 pagi
Gotong-royong bermula – membersihkan kelas – mengelap tingkap – menampal artikel di papan kenyataan – menyapu sampah – menyapu serawang – mengecat dinding kelas.
10.00 pagi
-berehat – menjamu selera – mi goreng dan air sirap – disediakan oleh guru-guru.
10.30 pagi
-menyambung semula kerja yang belum selesai – mengemas alatan – mengosongkan tong sampah
11.00 pagi
-berkumpul untuk taklimat penutup – memulangkan alatan – bersalam – salam – pulang ke rumah.
Gotong-royong di Sekolah
7.45 pagi
Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di Dataran Budi untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat.
8.00 pagi
Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.
10.00 pagi
Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir ke gotong-royong kali ini.
10.30 pagi
Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).
11.00 pagi
Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.